Search This Blog

Monday, April 21, 2014

Refleksologi

Hurul Ain kini menawarkan khidmat REFLEKSOLOGI.
Harga untuk 1 sessi urutan kaki Refleksologi:RM50.
Lebih kurang 1jam (SPA KAKI, URUT REFLEK DAN TUNGKU)
Langgan secara Pakej 3 kali urutan: rm120, dapatkan penjimatan sebanyak rm30.
Hubungi 0124403700 / 0124973700 untuk temujanji




KEISTIMEWAAN PENGUBATAN SECARA URUTAN REFLEKSOLOGI


 

selamat dan mudah
tak perlu makan ubat
boleh dilakukan tak kira tua, muda mahupun bayi...
cuma berasa sedikit sakit ketika diurut...
dan yang sebenarnya rasa sakit itu petanda ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini.
Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung dan paru-paru.
-Penyakit yang sukar disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.
-Digalakkan minum banyak air masak/mineral... selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Panduan:

Gambar tapak kaki di bawah menunjukkan urat saraf yang berkaitan ditempatkan misalnya... sekiranya anda sakit tulang belakang urutlah ditepi kaki sebelah dalam begitulah selanjutnya.

Maksud Titik Refleksi

Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar:

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut:

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.
Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

FAKTA: Kelebihan refleksologi

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelak risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan?

Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

Amalan memakan makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Merokok
Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan kimia
Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku
Hurul Ain kini menawarkan khidmat REFLEKSOLOGI.
Harga untuk 1 sessi urutan kaki Refleksologi:RM50.
Lebih kurang 1jam (SPA KAKI, URUT REFLEK DAN TUNGKU)
Langgan secara Pakej 3 kali urutan: rm120, dapatkan penjimatan sebanyak rm30.
Hubungi 0124403700 / 0124973700 untuk temujanji



No comments:

Post a Comment