Search This Blog

Thursday, April 17, 2014

Terapi Guasa




Gua Sha Terapi (mengikis Therapy) - Satu Teknik Perubatan Tradisional Masyarakat Cina.

‘Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Ia merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan.

Cara kehidupan komuniti masa kini adalah amat tertekan disebabkan kemajuan dan perkembangan ekonomi yang mengakibatkan kemerosotan kesihatan. Kebanyakan daripada kita kekurangan masa untuk melakukan senaman dan ini mengakibatkan gangguan kepada sistem metabolisma badan. Keadaan ini akan mengundang kehadiran komplikasi dalam kesihatan seperti penyakit-penyakit kronik yang sukar dirawati dengan menggunakan teknik perubatan moden.

Lantaran itu, terapi guasa telah digunakan kerana ia didapati mempunyai kesan yang memberangsangkan terhadap masalah kesihatan kita. Teknik guasa juga disokong oleh teori-teori perubatan yang maju. Tambahan pula, alat untuk guasa masa kini telah diperbaharui dan amat bersesuaian untuk dijalankan sebagai kaedah terapi yang amat praktikal oleh masyarakat moden.

Melalui terapi Guasa, kita boleh mengetahui penyakit dan kemungkinan masalah kesihatan yg dialami oleh seseorang individu itu. Sebagai contohnya gambar di bawah, hasil gosokan Guasa board (diperbuat daripada tanduk kerbau) kita akan tahu masalah kesihatan dan punca serta cara untuk mengatasinya.

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa

Selsema/Buwasir/Sembelit/Sakit Kepala/Insomni/Kelesuan/Sakit Sendi/SakitPinggang Yang Teruk/Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang/Terseliuh/Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun/Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur/Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat/Tekanan Darah Tinggi/Sakit Semasa Haid/Kelemahan Fungsi Fisiologi/Kurangkan Lemak/Kelemahan Badan/Mengeluarkan Kahak/Myopia/Tersedu/Sakit Perut/Kurang Selera Makan/Cirit Birit/Mabuk Kereta/Bahu Dan Belakang Yang Tegang/Kekejangan Kaki Dan Abdomen/Tekanan Darah Rendah/Mata Yang Letih/Pening/Hidung Bengkak Dan Berair/Hidung Berdarah/Sakit Gigi/Rasa Muntah Semasa MengandunG/Kekurangan Penghasilan Susu/Keradangan Pundi Kencing/Kanak-kanak Yang Lemah/Kencing Semasa Tidur/Lelah/Tumor/Kaki Berbau Busuk



Harga Rawatan Bekam di Hurul Ain

KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ ISTIMEWA : 

~Pakej 1-Rawatan Seluruh Badan - 11point rm50(member), & rm65(non-member). 
~Pakej 2-Rawatan Seluruh Badan 21point rm90(member) & rm115(non-member) 
**Setiap tambahan point akan dikenakan rm3 setiap cup.

UNTUK TEMUJANJI SILA SMS/WHATSAPP 012-440 3700
( Pn Awin )

No comments:

Post a Comment