Search This Blog

Thursday, April 17, 2014

Kursus Bekam Bersanad


Keperluan Menuntut Ilmu Bersanad

Pada asalnya istilah sanad atau isnad hanya digunakan dalam bidang ilmu hadith (Mustalah Hadith) yang merujuk kepada hubungan antara perawi dengan perawi sebelumnya pada setiap tingkatan yang berakhir kepada Rasulullah saw pada matan hadithnya.

Dalil Menuntut Ilmu Dengan Berguru

Rasulullah saw pernah bersabda, "Barangsiapa menguraikan al-Quran dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan."
(HR Ahmad)

Imam Syafie rhm mengatakan, "Tiada ilmu tanpa sanad."
Al-Hafiz Imam at-Tsauri rhm mengatakan, "Penuntut ilmu tanpa sanad adalah bagaikan orang yang ingin naik ke atap rumah tanpa tangga."
Al-Imam Abu Yazid al-Bustamiy menyatakan, "Barangsiapa tidak memiliki susunan guru dalam bimbingan agamanya, tidak ragu lagi nescaya gurunya adalah Syaitan."

Huraian

Cara menyambung sanad ilmu adalah melalui dua jalur:

i) Melalui nasab (salasilah) ahlul bait, keturunan cucu Rasulullah SAW sampailah kepada keturunan yang masih ada pada hari ini.

ii) Melalui sanad guru (sanad ilmu) mengikuti ulama yang bermazhab yang tersambung kepada Imam Mazhab yang empat.

Ilmu bersanad bermaksud pengajian yang diterima secara turun menurun dan berkesinambungan. Makna berguru untuk mengambil ilmu, dan guru itu pula berguru dengan gurunya sehinggalah sampai kepada tabi'in dan para sahabat, yang berguru secara lansung dengan Rasulullah saw.
Berguru adalah sesuatu yang Sunnah. Tausiyyah guru kami, bertalaqqi adalah jalan mengenal agama.

Sesungguhnya ilmu-ilmu fardhu ain tidak boleh dipelajari semata-mata melalui pembacaan daripada kitab-kitab, internet atau membaca artikel tanpa berguru. ini adalah kerana kemungkinan kitab-kitab yang dibaca terdapat penipuan atau ditokok tambah mengikut kemahuan penulis, dan mungkin juga terdapat kesilapan pencetakan. Oleh sebab itu cara mempelajari ilmu yang sebenar dan berradap ialah belajar secara talaqqi daripada guru yang bersanad.

Kepentingan Sanad

Pentingnya ialah supaya kita tidak bertaqlid dan taksub membuta tuli tanpa sandaran dan rujukan yang boleh mentashihkan dari mana ilmu itu diperolehi.
Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan, meskipun ia bukan satu kewajipan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya lansung sama sekali dalam umat islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat.

Di mana kelak tiada lagi orang berilmu  yang bersanad, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka. Justeru, mereka ini sesat lagi menyesatkan, dan akhirnya di atas merekalah dibangkitkan hari kiamat.


Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut:

1. Merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .

2. Merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).

3. Merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).

4. Merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).

5. Merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).

KESIMPULAN

Hari ini ramai yang mempunyai sarjana, doktor falsafah mahupun yang menjadi cendekiawan Islam, namun terlalu ramai yang memperolehinya dari universiti-universiti sahaja. Sanad mereka biasanya terputus pada Dekan atau Profesor mahupun Chancellor Universiti terbabit biarpun selepas itu sandaran mereka masih lagi al-Quran dan al-Hadis.
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ust Kay.



Harga Rawatan Bekam di Hurul Ain

KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ ISTIMEWA : 

~Pakej 1-Rawatan Seluruh Badan - 11point rm50(member), & rm65(non-member). 
~Pakej 2-Rawatan Seluruh Badan 21point rm90(member) & rm115(non-member) 
**Setiap tambahan point akan dikenakan rm3 setiap cup.

UNTUK TEMUJANJI SILA SMS/WHATSAPP 012-440 3700
( Pn Awin )



No comments:

Post a Comment